Kenali FerraRossa
Berpaksikan minat mendalam terhadap dunia tatarias, FerraRossa mula mencipta nama dan mengorak langkah di dalam bidang ini sejak 2010. Dia adalah invdividu yang bertanggungjawab untuk mencantikkan wajah setiap wanita yang inginkan sentuhan magisnya. Bukan itu sahaja, dia juga tidak pernah jemu untuk menimba ilmu dan mengasah bakatnya dengan mengikuti kelas solekan bersama Mario Dedivanovic, iaitu jurusolek selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian di Dubai Masterclass. Kini, dia melahirkan hasil kecintaannya di dalam dunia solekan dengan menghasilkan pembayang mata sendiri yang nyata setara dengan jenama tersohor lain.
FerraRossa percaya dengan sentuhan rona pembayang mata ia mampu mengubah penampilan menjadi lebih menarik, anggun dan dramatik. Bukankah, sepasang mata itu jendela pada wajah? Dengan percikan rona , ia mampu mengekspresi segala rasa dan emosi seseorang wanita. Kelopak mata yang dibiarkan polos tanpa rona membuatkan wajah tampak tidak bertenaga dan kusam.
Jatuh cinta dengan pembayang mata yang berpigmen tinggi, mudah diadun dan tekstur kemasan kilat telah memberikan inspirasi buat FerraRossa untuk menghasilkan FerraRossa Pearluxe Eyeshadow. Pembayang mata berona mewah dan eksklusif dengan harga mampu milik ini hadir dengan seleksi rona yang mempesonakan agar riasan mata anda berbicara dengan unik dan menarik.
Riasan mata anda seakan tidak lengkap tanpa tiga rona mempesonakan ini. Anda harus cuba…
Be the first to review “Ferrarossa Eyeshadow Empty Magnetic Palette -STAY MAGICAL”